Laman untukku berkongsi pengalaman dan suka duka dalam kehidupanku. Semoga memberi manfaat kepada semua..



Wednesday, July 10, 2013

My baby ....

Salam...

Pejam celik, pejam celik dah half year tak update apa-apa.
Apapun dalam masa tu memang la sibukkkk sangat. Pada 24 April 2013, aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dengan berat 3.23kg. Muhammad Amirul Hakimi Bin Muhaimi nama diberi. Kelahiran dia cukup mengembirakan kami sekeluarga.

Hakimi dilahirkan tepat jam 11.30 malam di Hospital Sungai Buloh setelah genap 40 minggu mengandungkannya. Tempoh mengandung kali ni memanglah banyak dugaan. Selain routine check-up kat Klinik Kesihatan Meru, kena jugak jumpa pakar kat Hospital Sungai Buloh sebulan sekali. Minum air gula je sampai 3 kali. Kencing pulak sekejap ok, sekejap kotor. Nasib baik tak ada apa-apa yang buruk berlaku sehingga bersalin. Alhamdulillah, semuanya selamat.  < Moral of the story : kalau nak beranak, biarlah waktu muda-muda. Dah masuk umur 30 ni, macam-macam hal timbul. >

Ok la, kita tengok rupa Hakimi ni ye, sekeping je pun. Lainkalilah kita upload gambar banyak2 ye...hehe..




Hi...nama saya Muhammad Amirul Hakimi Bin Muhaimi, panggil saya Hakimi hehe...

Chow.....






Wednesday, January 23, 2013

Birthday Boss 2012

Tajuk entry kali ni thn 2012, tapi bendanya berlaku awal tahun 2013. Tak apalah ye...sebabnya hujung tahun memang banyak keje. Birthday bos sebenarnya bulan 11,2012 tapi sempat celebrate bulan 1,2013.
Ni pun bos belanja kat Pak Li Kopitiam, Giant Klang Sentral. Geng HR sume ikut kecuali Kak Ina, sebab dia tak berapa sihat.

Kita tengok jelah gambar yang sempat diorang snap. Kredit to Suhaya for the photos :))))

 
Cappucino Cheese cake from King's Confectionary


Senyum je bos potong kek birthday :)

Lunch @ Pak Li Kopitiam


 
Yan & Sue


Din & Abg Zam


Sue & Zura


Me & Din

  
Yan, the orange girl hehe...

Nasi goreng kampung

Chicken chop

Chicken wings
 


Spaggethi

 
Jus kedondong

Kopi o ais

Makan timeeee  :)))

Tapi satu orang je tak de gambarnya, Melisa...sori ye Mel, akak x dapat cari la hehe...
Itu je la aktiviti awal tahun 2013...

HAPPY NEW YEAR 2013!!!!















Thursday, October 18, 2012

Raya bersama BFF 2012


Wahhh!!!! lama betul tak update blog ni...hihi.
Puasa sebulan dah berlalu..raya sebulan pun dah berlalu...la ni kira nak upload gambar-gambar beraya dengan kawan-kawan dari YPC (M) Sdn Bhd.

Dah dua tahun lebih meninggalkan YPC, hari raya tahun ni pakat ramai-ramai datang rumah sama-sama menyambut hari raya. Best sangat!!!!

Memandangkan ada request dari kengkawan nak makan western food, yang terlintas kat kepala aku ialah spaggethi. Maka terhasillah spaggethi bolognese, tu pun dengan pertolongan Master Chef Suraya haha. Chef siap bagi petua kat aku lagi. Katanya kalau nak tau spaggethi tu dah masak ke belum, cuba amik sikit spaggethi yang tengah direbus tu baling kat dinding, kalau melekat kat dinding tu kira sedang eloklah masaknya tu. Kalau tak melekat, rebus sikit lagi. Amacam, ada bran? Hehe...

Lain-lain menu ialah dadih jagung, kek karamel dan agar-agar pelangi. Itu je yang termampu nak buat.

Oklah, kita tengok pulak gelagat tetamu yang datang...



 

Korang ada romantik cam gini?
-Merian & suami

  


Kira sakan posing berdua...mana si kecik Dalili???
- Farah & Subhi

 



Dah besar anak teruna diorang ni. Moga jadi anak yang soleh ya Aiman. Bagi ibu dan ayah senyum cam ni selalu ye hehe...
- Rina, Kamarul & Aiman
  
 



Nampak tak muka terpaksa tinggalkan anak2 kesayangan hehe.. tapi chopppp..apsal Kak Za nampak lebih tinggi dari den ni??? Musykil betolll..
- Bersama Kak Za
  
 

Sapa paling vogue???????Angkat tangan !!!!!
-Ziela, Kak Za, Kak Yan, Rina & Me.
 



Me & Rina...Aisyah & Aiman...senyum jangan tak senyummmm...
Dah besar dah anak-anak kitorang ni hehe.. sorang anak daro , sorang anak teruna :)
 

 






Ni lak Ziela & Haidar & Ipie......
Apsal gambar Ipie spoil lak...mmmm mesti gerak-gerak ni...almaklum tukang snap tak pro langsung hahaha
Ni kiranya first time Ziela satu family bertandang kat rumah den...terima kasih.




Geng-geng cilik...anak Ziela tak nak join la pulak...malu ye Ipie...hihi
Ain, Aiman & Aisyah ( Geng 3A)

Terima kasih kepada kengkawan yang sudi meluangkan masa dan bertandang kat rumah den...seronok sangat. Tahun depan rasanya tak dapat nak masak-masak macam ni lagi sebab den dah nak tambah ahli...InsyaAllah. Rasanya raya tahun depan baru habis pantang, doakan semuanya selamat ye.

Walaupun bayank gamabr yang den snap aritu, tapi nak upload guna pad lambat ya ampunnnnn...amik mana-mana yang penting je...

Ok la, den chow dulu.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA :)
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Saturday, June 23, 2012

Opick-Rapuh




Hayati lagu ni...best sangat. Liriknya menusuk kalbu...huhu