Laman untukku berkongsi pengalaman dan suka duka dalam kehidupanku. Semoga memberi manfaat kepada semua..



Wednesday, April 25, 2012

Kelas 5PA'97 Sekolah Menengah Kamil




Waa......rindu sangat kat diorang semua. Terima kasih cikgu, terima kasih kawan-kawan....hadirmu melengkapkan nostagia zaman remajaku hehe... :)

Ni nama yang sempat aku ingat:

suriani, azna mazila, kan mee ium, zabedah, shahril imri, kamal badrul hisyam, masliza, nor suhaida, wan mohd zulkhibri, mohd syukri, mohd noor shukri, moharizal, nik hafidza sazma, che nor hasimi, mohd hisyam fikri, mulaiti marliana, mohamad nazri, nor azliza, mohd amin, mohd zaid awari, mohd adlan, radziah, ida rohati, suzilawati, azlina, nor baizura, suraya hanim, nik arinawati hanum, wan asma, ezzah, normariza, rohaida, suhaila,  nurkamarusyani, rozaidi, nor suziani, wan emafarliza, norzehan, wan mohd fazli, azizoni mardiah, mohd rustam, normalawati......


*lagi sapa ye....hehe kalau sapa-sapa teringat tolong inform ye..



p/s : gambar ehsan Radziah Radzi..tq.

Tuesday, April 24, 2012

Mari Memasak : Puding Jagung

Hari minggu datang lagiii.... dan adalah kesempatan untuk aku cuba resepi-resepi baru.
Kali ni aku buat benda yang paling senang....sebabnya aku guna produk segera.

Aktiviti kali ni pun turut disertai adik aku merangkap pembantu/ kameraman, Suraya. 
Aku beli pek segera dadih perisa jagung dan jagung manis dalam tin.
Cara nak buatnya ikut sebijik panduan kat belakang pek tersebut.
Hasilnya, 
               1) Suami cakap sedap tapi.... lembik sikit (chief kalau tak komen, tak lengkap huhu)

               2) Aku cakap sedap (sah-sah aku yang buat, giler kata tak sedap hehe)

               3) Suraya cakap sedap ( dah dia asst. chef)

               4) Anak-anak cakap sedap (penyokong setia aku nie, sebenarnya bodek nak makan lebih haha )

               5) Jiran aku cakap ......... (tak ada feedback la pulak)

Oklah.... kita tengok apa kameraman snap,




Sebungkus dadih segera tu boleh dapat dalam 40-50 bekas kecil-kecil tu....amat-amat berbaloi.




Nilah hasilnya......sesuai buat dessert. Tak manis sangat, lembut je. Tapi kalau setakat nak makan sendiri mmg banyak sgt. Adalah rezeki untuk jiran-jiranya ye :)

Untuk makluman, puding ni boleh tahan dalam 4-5 hari kalau simpan kat peti sejuk. Sedap kalau makan sejuk-sejuk. Kiranya puding ni boleh masuk list la kalau nak buat majlis atau kenduri-kendara. Sedapppp...


Dah....itu je. Lain kali kita masak-masak lagi . :)



Saturday, April 21, 2012

My BFF Wedding

Hok alahhhhhh....nostalgia giler entri aku kali ni...

Kali ni aku nak kenalkan my BFF, Kak Ani @ Rohani Binti Kidan.
Ni room mate aku masa bujang dulu...time keje kat Mah Sing Yoshikawa, Port Klang sekitar tahun 2001-2004. 

Mai aku citer sikit background Kak Ani ni. Kak Ani ni keje sebagai QC Leader. Orangnya cantik dan baik hati sangat. Keje boleh tahan gak rajinnya, kadang-kadang tu pukul 11 malam baru balik. Hari ahad memang dia balun OT je sebab pakwenya pun keje kat situ gak hehe.....  Dia asal orang Bagan Datoh, Perak. Dia lahir tahun '74 kalau tak silap aku...kira beza umur 5 tahun la kitorang ni. Dia jenis sempoi punya orang dan tak berkira sangat tak kira soal apa pun....sebab tu la rasanya aku boleh ngam ngan dia ni. Ok la, nanti aku citer lagi pasal Kak Ani ye hehe... 

Ni je gambar Kak Ani yang sempat aku snap masa majlis bertandang kat rumah suami dia di Kampung Nelayan Telok Gong, Klang.



Kak Ani ngan Aisyah....

Kak Ani n hubby...


Sekarang aku ngan Kak Ani jarang berhubung..tapi memori aku ngan dia tetap dihati.
Miss u Kak Ani....




Friday, April 20, 2012

Gambar terhangat 2011


Amacammmm??? Ada bran. hahaha

Ni la gambar yang bikin gempak tahun 2011...apalagi kalau bukan hantu Kak Limah (Filem : Hantu Kak Limah Balik Rumah). Salah satu filem kelakar dan tak jemu-jemu aku dan anak-anak duk ulang tonton.
Entah sapa lak pakaikan Kak Limah ngan baju Harimau Malaya Kiranya masa tu sama popular la Kak Limah ngan Harimau Malaya ni, jadi inilah hasilnya jika dikombinasikan haha...kreatif gak la tukang edit tu ye..

p/s : Terima kasih kepada Suhaya atas ehsan gambar yang glamer tak hengat ni ye...


Ok..chow. :)

Wednesday, April 18, 2012

Roti...roti...roti...


Ni pulak hasil kerja adik aku, Maria buat kali yang pertama. Mmmmm not bad. Lepas ni mesti kalah kitorang selaku kakak dia ni huhu... Apapun kalau dah minat semuanya menjadi.
Keep good work!!


p/s   :  Tak sia-sia aku bagi resipi dan kempen dia suruh buat roti sendiri, siap dia gi beli oven baru lagi  hehe....terbaikkkkkkk!!!!!!!

Mari Memasak : Donut

Hi! Diam tak diam dah masuk bula n April. Bukan apa, blog aku ni dah be
rabuk sangat. Sori la kepada follower aku yang tetap setia tu ya hehe (ada ke follower tu lagi hah >_<).


Sekali sekala aku update apa aktiviti aku kat dapur gak ye. Hari ni kita tengok hasil kerja tangan duet aku dan adik aku, Suraya. Kitorang buat D.O.N.U.T. Aku just letak gambar, resipi cam biasa la...ambik kat blog2 masak atau kat MyResipi. Ok la kejadian donutnya tu hehe..

Ok kita tengok apa je gambar yang sempat aku ambik.


Ni tengah tunggu donut naik lagi sekali ganda..barulah boleh nak goreng :)

Lepas siap goreng, bolehlah nak hias. Suraya memang suka bab2  hias menghias ni..ok tak? Ain cukup suka donut coklat patern bunga ni.


Aisyah suka Donut Ring Coklat ni..hehe. Buatlah sikit kasi lepas kempunan dia.
Aik...mana lagi gambar yang aku snap, dah hilang ke? Mmmm nanti aku cari lagi ye.
Entry ni mulanya aku update guna galaxy tab..sudahnya 'hang'...mencikkkkk... kenalah guna balik cik PC, nasib dia tak merajuk hehe :)

Chow...nak godek tab cari gambar lagi ni.....