Laman untukku berkongsi pengalaman dan suka duka dalam kehidupanku. Semoga memberi manfaat kepada semua..



Tuesday, April 24, 2012

Mari Memasak : Puding Jagung

Hari minggu datang lagiii.... dan adalah kesempatan untuk aku cuba resepi-resepi baru.
Kali ni aku buat benda yang paling senang....sebabnya aku guna produk segera.

Aktiviti kali ni pun turut disertai adik aku merangkap pembantu/ kameraman, Suraya. 
Aku beli pek segera dadih perisa jagung dan jagung manis dalam tin.
Cara nak buatnya ikut sebijik panduan kat belakang pek tersebut.
Hasilnya, 
               1) Suami cakap sedap tapi.... lembik sikit (chief kalau tak komen, tak lengkap huhu)

               2) Aku cakap sedap (sah-sah aku yang buat, giler kata tak sedap hehe)

               3) Suraya cakap sedap ( dah dia asst. chef)

               4) Anak-anak cakap sedap (penyokong setia aku nie, sebenarnya bodek nak makan lebih haha )

               5) Jiran aku cakap ......... (tak ada feedback la pulak)

Oklah.... kita tengok apa kameraman snap,




Sebungkus dadih segera tu boleh dapat dalam 40-50 bekas kecil-kecil tu....amat-amat berbaloi.




Nilah hasilnya......sesuai buat dessert. Tak manis sangat, lembut je. Tapi kalau setakat nak makan sendiri mmg banyak sgt. Adalah rezeki untuk jiran-jiranya ye :)

Untuk makluman, puding ni boleh tahan dalam 4-5 hari kalau simpan kat peti sejuk. Sedap kalau makan sejuk-sejuk. Kiranya puding ni boleh masuk list la kalau nak buat majlis atau kenduri-kendara. Sedapppp...


Dah....itu je. Lain kali kita masak-masak lagi . :)



No comments:

Post a Comment