Laman untukku berkongsi pengalaman dan suka duka dalam kehidupanku. Semoga memberi manfaat kepada semua..
Saturday, June 23, 2012
Friday, June 15, 2012
Dinner YPC @ Sunway Hotel
Wah...teruja tengok gambar lama ni..
Ni salah satu dinner masa keje kat YPC (M) Sdn Bhd. Kali ni kat Sunway Hotel. MC malam tu Azwan Ali...puas aku menebeng kat tepi stage nak ambik gambar ngan dia...hampehhhh, sampai sudah tak kesampaian huhu...
Memandangkan aku tak ada kamera masa tu, ni je lah gambar ehsan yang dapat di ambil huhu...
Layan je la gambar yang seciput ni haha...
Ni Pn. Khatijah Azhari. Banyak kenangan dengan dia, dialah bos..dialah kakak...dialah kawan....dialah teman JJCM haha... |
Aku dan Rina.., tapi di mana Kak Za nie, menghilangkah dia? haha. Vogue tak kitoang malam tu,...sah-sah lari dari tema haha... |
Kawan-kawan, Salbiah dan Merian...tapi apahal lak Khalil kat sebelah tu hehe.. |
Bersama suami tersayang hehe.. |
Tuesday, June 12, 2012
Kek Karamel
Ok... dah siap.
Hilang dah kempunan nak cuba buat kek karamel nie. Kek ni dibuat untuk abang dan adik-adik aku yang bertandang kat rumah sempena cuti sekolah. Terima kasih semua sebab memeriahkan suasana rumah aku ....terima kasih jugak bawak kitorang gi makan ikan bakar ....
Kita tengok kek karamel yang aku buat ni. Tak la susah sangat cuma banyak kerja sikitlah. Kejadian kek ni elok je, rupa dan rasa seiring jer.
Inilah rupa kek karamel pertamaku.... |
Apapun mari kita dengar komen dari mereka yang sempat merasa kek ni dan semestinya akulah mendahului carta sebab aku tukang godek blog ni ...haha...
Komen aku :
Untuk tekak aku sendiri rasanya kek ni tak berapa nak ngam. Keknya sedikit kering dan aku lebih suka kek yang lembap macam kek coklat karamel kat n3 sebelum ni. Puding karamelnya sedikit nipis, tak puas rasanya. Lain kali kalau aku buat lagi, kena cari resipi yang puding karamelnya lebih tebal, barulah syokkk...
Komen cik abang a.k.a suami tersayang :
Ok...sedap dan tak muak, tapi puding karamel tipis sangat (haaa...kan aku dah cakap). Habis gak la 4-5 keping cik abang aku ni makan...hehe kena dengan selera dia la tu....
Komen Suraya a.k.a tukang amik gambar :
Rupa cantik tapi apsal rasa tak sama macam yang dia pernah makan kat open house rumah auntie? (huhu.. no komen la den tang nie..) Last time katanya kek tu rasa macam agar-agar buih sikit, mungkin dia guna resepi lain kot....
Komen Maria @ tukang request
Ok...sedap, lupa lak dia komen apa lagi haha...sori, memory lost :(
Komen Aisyah @ anak sulung den
Macam ni la kek yang kakak suka...sedapppp :). (agak-agak nak bodek tak? haha...)
Dah potong-potong. Sesuai sangat kalau nak buat pot luck... |
Gambar tak banyak ...akanku cuba upload lagi...
Chow....
Friday, June 8, 2012
Kek Coklat Karamel
Akhirnya...jadi gak aku cuba buat kek coklat karamel ni. Bukan apa, hari tu ingatkan loyang yang ada tak muat nak masuk oven guna kaedah steambake, rupa-rupanya sedang-sedang elok je loyang berlapis tu masuk....hahaha sukanya hatiii..
Apalagi, tak bertangguh terus bancuh bahan-bahannya... dalam dok ghairah nak membancuh tu tetiba jenguk stok susu cair dah habis..huhu...sedih jugak la. Kata keje kat kilang susu, tapi stok susu pun boleh putus haha... Nasib cik abang kat luar, telefon suruh beli susu cair..
Akhirnya...menjadik la kek yang kuidamkan tu . Sukanya hati :). Layan je la gambar kat bawah nie ye...
Cubaan pertama...best!!! |
Amacam..mengancam tak kejadiannya? hehe... |
Monday, June 4, 2012
Puding Kelapa
Kali ni n3 dari gobok hahaha.... Dah lama buat puding kelapa ni, tapi nak upload masyaAllah lambatnya guna pad. Baik guna telefon biasa jek...pantas dan tuntas..
Ok, resepi kali ni dari kak Ina (one of our HR staff kat Etika Dairies ni). Actually Kak Ina ni katanya dia tak suka buat kuih/kek/biskut-biskut ni, dia suka masak lauk-pauk (tp memang sedap pun kalau dia masak :)) Sebab tu lah dia bagi resepi ni suruh test.
Wallawey...sedap betul. Ni kali ke-3 dah buatnya...cumanya kali ni terlebih pewarna untuk decoration lak huhu....biasanya warna original jerk..
Sedapppp.... |
Nanti kalau terajin buat puding ni lagi, adalah gambar lagi ye ... :)
Tapi warnanya terlebih sudahhh hahaha... |
CHOWWWWW !!!!
Sunday, June 3, 2012
Happy Birthday Kamelia!
Happy birthday to u, Adik! Actually birthday my sister ni 5th April 2012, yang ke-12. Dah besar rupanya adik aku ni dalam diam tak diam.
Sempena birthday dia kali ni, aku buatkan dia sebiji kek coklat. Siap diterbangkan ke kampung lagi hehe... Sebenarnya adik aku Suraya nak balik kampung, so aku tumpangkan sekali la..
Ok, memandangkan bahan basic kek je yang ada, maka tak adalah decoration yang bombastik untuk kek coklat tu....tapi yang penting adik aku suka hehe... layan je lah sekeping gambar tu, tak sempat nak snap, terlupa huhu...
Birthday cake for my dear sister !!! |
Ok...chow dulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)