Ok... dah siap.
Hilang dah kempunan nak cuba buat kek karamel nie. Kek ni dibuat untuk abang dan adik-adik aku yang bertandang kat rumah sempena cuti sekolah. Terima kasih semua sebab memeriahkan suasana rumah aku ....terima kasih jugak bawak kitorang gi makan ikan bakar ....
Kita tengok kek karamel yang aku buat ni. Tak la susah sangat cuma banyak kerja sikitlah. Kejadian kek ni elok je, rupa dan rasa seiring jer.
Inilah rupa kek karamel pertamaku.... |
Apapun mari kita dengar komen dari mereka yang sempat merasa kek ni dan semestinya akulah mendahului carta sebab aku tukang godek blog ni ...haha...
Komen aku :
Untuk tekak aku sendiri rasanya kek ni tak berapa nak ngam. Keknya sedikit kering dan aku lebih suka kek yang lembap macam kek coklat karamel kat n3 sebelum ni. Puding karamelnya sedikit nipis, tak puas rasanya. Lain kali kalau aku buat lagi, kena cari resipi yang puding karamelnya lebih tebal, barulah syokkk...
Komen cik abang a.k.a suami tersayang :
Ok...sedap dan tak muak, tapi puding karamel tipis sangat (haaa...kan aku dah cakap). Habis gak la 4-5 keping cik abang aku ni makan...hehe kena dengan selera dia la tu....
Komen Suraya a.k.a tukang amik gambar :
Rupa cantik tapi apsal rasa tak sama macam yang dia pernah makan kat open house rumah auntie? (huhu.. no komen la den tang nie..) Last time katanya kek tu rasa macam agar-agar buih sikit, mungkin dia guna resepi lain kot....
Komen Maria @ tukang request
Ok...sedap, lupa lak dia komen apa lagi haha...sori, memory lost :(
Komen Aisyah @ anak sulung den
Macam ni la kek yang kakak suka...sedapppp :). (agak-agak nak bodek tak? haha...)
Dah potong-potong. Sesuai sangat kalau nak buat pot luck... |
Gambar tak banyak ...akanku cuba upload lagi...
Chow....
No comments:
Post a Comment