Laman untukku berkongsi pengalaman dan suka duka dalam kehidupanku. Semoga memberi manfaat kepada semua..



Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

My baby ....

Salam...

Pejam celik, pejam celik dah half year tak update apa-apa.
Apapun dalam masa tu memang la sibukkkk sangat. Pada 24 April 2013, aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dengan berat 3.23kg. Muhammad Amirul Hakimi Bin Muhaimi nama diberi. Kelahiran dia cukup mengembirakan kami sekeluarga.

Hakimi dilahirkan tepat jam 11.30 malam di Hospital Sungai Buloh setelah genap 40 minggu mengandungkannya. Tempoh mengandung kali ni memanglah banyak dugaan. Selain routine check-up kat Klinik Kesihatan Meru, kena jugak jumpa pakar kat Hospital Sungai Buloh sebulan sekali. Minum air gula je sampai 3 kali. Kencing pulak sekejap ok, sekejap kotor. Nasib baik tak ada apa-apa yang buruk berlaku sehingga bersalin. Alhamdulillah, semuanya selamat.  < Moral of the story : kalau nak beranak, biarlah waktu muda-muda. Dah masuk umur 30 ni, macam-macam hal timbul. >

Ok la, kita tengok rupa Hakimi ni ye, sekeping je pun. Lainkalilah kita upload gambar banyak2 ye...hehe..




Hi...nama saya Muhammad Amirul Hakimi Bin Muhaimi, panggil saya Hakimi hehe...

Chow.....






Friday, March 2, 2012

Konvo Kakak Aisyah


Hmmm...hari ni baru sempat upload gambar konvo kakak.

Kakak belajar kat Pasti Sirajudin, Taman Dato Bandar, Meru Klang.
Ni majlis konvo anak-anak 6 tahun dan majlis ni diadakan pada akhir tahun 2011.
Acara ni diadakan di Dewan Serbaguna kat Pekan Meru.
Seronok sangat sebab ibu dia tak merasa masa kecik-kecik dolu majlis camni...hehe.

Sunday, November 20, 2011

Jalan-jalan Zoo Negara 2010

 Seronokkk....
Anak-anak semua teruja tengok binatang-binatang. Paling best masa Ain & kakak ternganga tengok gajah...haha (maklumla first time tengok gajah :))
Ok, kita layan je gambar-gambar kat bawah ni......



























Dah abis dah...entah bila la nak datang sini lagi...bye-bye semua penghuni zoo :)))
(rupanya gambar driver a.k.a suamiku tak kelihatan haha....sori la bang, lupa nak snap)

Thursday, November 17, 2011

Masa kecilku sekitar tahun 80-an

Belakang : Ayah, Ma & Maria
Depan : Me, Suraya & Anwar
Tiada kata mampu kuungkapkan...miss my family very much sob..sob..sob...  :(

Friday, May 20, 2011

Ain & Aisyah....

Jumaat, 20 Mei 2011 - Cepat betul masa berlalu. Sekarang anak-anakku dah besar, Aisyah dah 6 tahun dan Ain dah 4 tahun. Memandangkan aku takde kamera yang canggih cam orang lain, semangat aku nak ambil gambar pun takdelah berkobar-kobar sangat. Ambil gambar pun setakat main tangkap muat jer. Jadilah untuk tatapan anak-anak dan diriku sekeluarga. Nanti aku korek gambar-gambar lain yang ada......setakat ni je la dulu ye....

Ain


Ain lagi....hehe

Kakak Aisyah...peminat setia Spongebob Squarepants!!!







Kakak Aisyah & Ain

Kakak Aisyah, Ain & Wan

Ain lagiiii....