Laman untukku berkongsi pengalaman dan suka duka dalam kehidupanku. Semoga memberi manfaat kepada semua..



Showing posts with label Masak-Masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-Masak. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Kek Karamel



Ok... dah siap.

Hilang dah kempunan nak cuba buat kek karamel nie. Kek ni dibuat untuk abang dan adik-adik aku yang bertandang kat rumah sempena cuti sekolah. Terima kasih semua sebab memeriahkan suasana rumah aku ....terima kasih jugak bawak kitorang gi makan ikan bakar ....

Kita tengok kek karamel yang aku buat ni. Tak la susah sangat cuma banyak kerja sikitlah. Kejadian kek ni elok je, rupa dan rasa seiring jer.


Inilah rupa kek karamel pertamaku....

Apapun mari kita dengar komen dari mereka yang sempat merasa kek ni dan semestinya akulah mendahului carta sebab aku tukang godek blog ni ...haha...

Komen aku :
 Untuk tekak aku sendiri rasanya kek ni tak berapa nak ngam. Keknya sedikit kering dan aku lebih suka kek yang lembap macam kek coklat karamel kat n3 sebelum ni. Puding karamelnya sedikit nipis, tak puas rasanya. Lain kali kalau aku buat lagi, kena cari resipi yang puding karamelnya lebih tebal, barulah syokkk...

Komen cik abang a.k.a suami tersayang :
 Ok...sedap dan tak muak, tapi puding karamel tipis sangat (haaa...kan aku dah cakap). Habis gak la 4-5 keping cik abang aku ni makan...hehe kena dengan selera dia la tu....

Komen Suraya a.k.a tukang amik gambar :
 Rupa cantik tapi apsal rasa tak sama macam yang dia pernah makan kat open house rumah auntie? (huhu.. no komen la den tang nie..) Last time katanya kek tu rasa macam agar-agar buih sikit, mungkin dia guna resepi lain kot....

Komen Maria @ tukang request
Ok...sedap, lupa lak dia komen apa lagi haha...sori, memory lost :(

Komen Aisyah @ anak sulung den
Macam ni la kek yang kakak suka...sedapppp  :). (agak-agak nak bodek tak? haha...)




Dah potong-potong. Sesuai sangat kalau nak buat pot luck...

Gambar tak banyak ...akanku cuba upload lagi...
Chow....




Friday, June 8, 2012

Kek Coklat Karamel




Akhirnya...jadi gak aku cuba buat kek coklat karamel ni. Bukan apa, hari tu ingatkan loyang yang ada tak muat nak masuk oven guna kaedah steambake, rupa-rupanya sedang-sedang elok je loyang berlapis tu masuk....hahaha sukanya hatiii..


Apalagi, tak bertangguh terus bancuh bahan-bahannya... dalam dok ghairah nak membancuh tu tetiba jenguk stok susu cair dah habis..huhu...sedih jugak la. Kata keje kat kilang susu, tapi stok susu pun boleh putus haha... Nasib cik abang kat luar, telefon suruh beli susu cair..

Akhirnya...menjadik la kek yang kuidamkan tu . Sukanya hati :). Layan je la gambar kat bawah nie ye...



Cubaan pertama...best!!!



Amacam..mengancam tak kejadiannya? hehe...


Ok la...blah dulu. Ni pun tengah tunggu masak Kek Marble Karamel....dah siap nanti adalah entry untuk kek tu hehe.. bye :)))



Monday, June 4, 2012

Puding Kelapa




Kali ni n3 dari gobok hahaha....  Dah lama buat puding kelapa ni, tapi nak upload masyaAllah lambatnya guna pad. Baik guna telefon biasa jek...pantas dan tuntas..

Ok, resepi kali ni dari kak Ina (one of our HR staff kat Etika Dairies ni). Actually Kak Ina ni katanya dia tak suka buat kuih/kek/biskut-biskut ni, dia suka masak lauk-pauk (tp memang sedap pun kalau dia masak :)) Sebab tu lah dia bagi resepi ni suruh test.

Wallawey...sedap betul. Ni kali ke-3 dah buatnya...cumanya kali ni terlebih pewarna untuk decoration lak huhu....biasanya warna original jerk..





Sedapppp....

Memandangkan gambar ni je sempat diupload, layan je la.....
Nanti kalau terajin buat puding ni lagi, adalah gambar lagi ye ...  :)



Tapi warnanya terlebih sudahhh hahaha...
 

CHOWWWWW !!!!


Sunday, June 3, 2012

Happy Birthday Kamelia!



Happy birthday to u, Adik! Actually birthday my sister ni 5th April 2012, yang ke-12. Dah besar rupanya adik aku ni dalam diam tak diam. 

Sempena birthday dia kali ni, aku buatkan dia sebiji kek coklat. Siap diterbangkan ke kampung lagi hehe... Sebenarnya adik aku Suraya nak balik kampung, so aku tumpangkan sekali la.. 

Ok, memandangkan bahan basic kek je yang ada, maka tak adalah decoration yang bombastik untuk kek coklat tu....tapi yang penting adik aku suka hehe... layan je lah sekeping gambar tu, tak sempat nak snap, terlupa huhu...


Birthday cake for my dear sister !!!
Apapun terharu sikit sebab Suraya cakap adik simpan kek tu dalam peti sejuk dan makan sikit-sikit lepas balik sekolah huhu....apa maknanya tu,,,,,tak lain tak bukan mestilah SEDAPPPPPP kan hahahha...

Ok...chow dulu.


Tuesday, April 24, 2012

Mari Memasak : Puding Jagung

Hari minggu datang lagiii.... dan adalah kesempatan untuk aku cuba resepi-resepi baru.
Kali ni aku buat benda yang paling senang....sebabnya aku guna produk segera.

Aktiviti kali ni pun turut disertai adik aku merangkap pembantu/ kameraman, Suraya. 
Aku beli pek segera dadih perisa jagung dan jagung manis dalam tin.
Cara nak buatnya ikut sebijik panduan kat belakang pek tersebut.
Hasilnya, 
               1) Suami cakap sedap tapi.... lembik sikit (chief kalau tak komen, tak lengkap huhu)

               2) Aku cakap sedap (sah-sah aku yang buat, giler kata tak sedap hehe)

               3) Suraya cakap sedap ( dah dia asst. chef)

               4) Anak-anak cakap sedap (penyokong setia aku nie, sebenarnya bodek nak makan lebih haha )

               5) Jiran aku cakap ......... (tak ada feedback la pulak)

Oklah.... kita tengok apa kameraman snap,




Sebungkus dadih segera tu boleh dapat dalam 40-50 bekas kecil-kecil tu....amat-amat berbaloi.




Nilah hasilnya......sesuai buat dessert. Tak manis sangat, lembut je. Tapi kalau setakat nak makan sendiri mmg banyak sgt. Adalah rezeki untuk jiran-jiranya ye :)

Untuk makluman, puding ni boleh tahan dalam 4-5 hari kalau simpan kat peti sejuk. Sedap kalau makan sejuk-sejuk. Kiranya puding ni boleh masuk list la kalau nak buat majlis atau kenduri-kendara. Sedapppp...


Dah....itu je. Lain kali kita masak-masak lagi . :)



Wednesday, April 18, 2012

Roti...roti...roti...


Ni pulak hasil kerja adik aku, Maria buat kali yang pertama. Mmmmm not bad. Lepas ni mesti kalah kitorang selaku kakak dia ni huhu... Apapun kalau dah minat semuanya menjadi.
Keep good work!!


p/s   :  Tak sia-sia aku bagi resipi dan kempen dia suruh buat roti sendiri, siap dia gi beli oven baru lagi  hehe....terbaikkkkkkk!!!!!!!

Mari Memasak : Donut

Hi! Diam tak diam dah masuk bula n April. Bukan apa, blog aku ni dah be
rabuk sangat. Sori la kepada follower aku yang tetap setia tu ya hehe (ada ke follower tu lagi hah >_<).


Sekali sekala aku update apa aktiviti aku kat dapur gak ye. Hari ni kita tengok hasil kerja tangan duet aku dan adik aku, Suraya. Kitorang buat D.O.N.U.T. Aku just letak gambar, resipi cam biasa la...ambik kat blog2 masak atau kat MyResipi. Ok la kejadian donutnya tu hehe..

Ok kita tengok apa je gambar yang sempat aku ambik.


Ni tengah tunggu donut naik lagi sekali ganda..barulah boleh nak goreng :)

Lepas siap goreng, bolehlah nak hias. Suraya memang suka bab2  hias menghias ni..ok tak? Ain cukup suka donut coklat patern bunga ni.


Aisyah suka Donut Ring Coklat ni..hehe. Buatlah sikit kasi lepas kempunan dia.
Aik...mana lagi gambar yang aku snap, dah hilang ke? Mmmm nanti aku cari lagi ye.
Entry ni mulanya aku update guna galaxy tab..sudahnya 'hang'...mencikkkkk... kenalah guna balik cik PC, nasib dia tak merajuk hehe :)

Chow...nak godek tab cari gambar lagi ni.....